She Gone
Sunday, September 2, 2012 | 2:38 AM | 0 B.F.F

BAB1:
"jadi kira setujulah kita ye?” kata En. Hamdan kepada En. Zul Effendi dan Pn. Lena.
“tu lah kita dah rancang masa diorang masih kecilkan?” kata Pn. Lena kepada isteri En Hamdan, Pn Damia.
“takpe ke? Budak budak ni tak kisah?” Tanya Pn.Damia.
“anak saya tak kisah, dia pun sibuk bekerja je siang malam, sejak masuk department lain ni, susah sangat nak bincang dengan die tu,” kata Pn Lena.
“anak saya tu ntah lah, kerja die hanya bantu bapak die kat syarikat, tu je lah yang die boleh buat.” Kata Pn Damia.
“takpe lah, janji ade kerje nak menampung anak perempuan tunggal saya ni,” kata En Zul Effendi.
“nanti bila saya dah bersara nanti saya nak suruh die yang jaga syarikat tu, adik die tu saya nak die uruskan syarikat saya dekat Brunei.” Kata En Hamdan yang sangat menyayangi anak lelakinya itu.
“baiklah, jadi setuju ye kita ni...” kata En Zul Effendi.
“setuju...” kata En Hamdan.

“hello, ibu, Hari ni Nora tak balik rumah ea, Nora tidur rumah kawan Nora.” Kata Nora kepada ibunya.
“ye, ni dah makan tak? Ibu tengok Nora ni makin selalu tak balik rumah, kenapa? Banyak sangat ke kerja nak kene buat?” kata Pn. Lena kepada anak perempuan tunggalnya.
“takde lah ibu, Cuma bulan ni, Nora ade banyak shipment, so nora selalulah tumpang rumah kawan Nora ye, ibu, ibu jangan risaukan Nora, Nora ok je, Ibu tu dah makan belum? Jangan asyik gaduh dengan ayah je.. nanti lagi banyak kedut kat muka tu.” Kata Nora bergurau dengan Ibunya.
“ish budak bertuah ni, orang risaukan die die pulak nasihat kan kite.” Kata Pn Lena yang benar-benar sayangkan anak perempuannya itu.
“ok Nora makan betul-betul ok.” Kata Nora dengan nada manja.
“Nora ingat tak kawan ibu yang ibu kate ibu dah janji nak kawinkan Nora dengan anak lelaki die tu.” Kata Pn Lena
“hah, kenapa?” kata Nora yang mengagak sesuatu akan berlaku.
“die datang rumah kite hari ni, nak tentukan tarikh pertunagan kamu dengan anak die tu.” Kata Pn Lena
“HAH???? Ibu ibu setuju ke?” kata Nora yang terkejut dengan tindakkan ibunya itu.
“ye la, tak payah risaulah Nora ibu akan pilih yang terbaik untuk Nora” kata Pn Lena.
“tapi ibu Nora dah ade yang Nora sayang, kenapa tak tanya dengan Nora dulu?” kata nora yang agak marah, dalam kepalanya terfikir seorang sahaja, Ashraf, lelaki yang di cintainya itu.
“Nora tak nak ke, tak nak ibu tolak balik,” kata Pn Lena. Nada suaranya sedih.
“tak ibu, jangan buat macam tu, nanti ea, orang fikir2 dulu ok?” kata Nora yang sedar die berkata terlalu kasar dengan ibunya.
“ok lah dah buat keputusan telefon ibu balik nanti ibu boleh cakapkan dekat Pn Damia macam mana.”kata Pn Lena.
“oklah, bye, asalamualaikum ibu... kirim salam kat ayah ok...” kata Nora
“ok... walaikumsalam...” ganggang telefon di letakkan.

Di sebuah restaurant terdapat seorang lelaki kacak yang memakai baju kemeja berjenama LEVIS bersama seorang perempuan yang memakai baju blouse dan skirt labuh bersama wedges. Tudungnya pula selendang dengan gaya yang terkini.
“sayang, awak nak pergi Melaka tak malam ni? Malam ni 31 august , kita pergi jalan jalan dekat Melaka.” Kata wanita itu.
“hurm untuk sayang I ni semua pun boleh sayang.” Kata lelaki yang kacak itu.
Tiba tiba telefon lelaki kacak itu berbunyi, dengan lagu Maroon 5 ‘move like jagger’
“hello, papa!” kenapa call? Hari ni kan hari cuti pun nak cari Iz ke?” Tanya Izkander kepada papanya.
“takdelah, papa nak tanya ni, Iz setuju tak dengan perkahwinan tu?” Tanya En Hamdan kepada anaknya itu.
“apa ni papa? Cerita pasal ni, pulak orang dengan Atiffah ni, lain kalilah bincang,” kata Izkander kepada bapanya lagi.
“ingat Iz, Izkander dah janji dengan papa kalau papa belikan kereta Ferari untuk Iz Iz akan ikut semua kemahuan papa, ingat lagi perjanjian tu,?  siap ade perjanjian hitam putih lagi tau,! Iz jangan nak mencabuli perjanjian tu,” kata En Hamdan mengugut anak lelaki kesayangannya itu.
“Iz dah janji nak kawin dengan Atiffah lah papa, papa ni,” kata Izkander yang cuba menjual nama Atiffah....
“Nak tak nak, Iz kene jugak Kawin dengan anak kawan papa tu,! MUKTAMAD!” kata En Hamdan lagi.
“tapi papa...” kata Izkander cuba mempertahankan dirinya.
“Ingat Izkander, Ni CEO Hamdan, Iz tak ikut cakap papa, Iz jangan nak berangan nampak Ferari Iz tu lagi...” kata En Hamdan yang mula naik berang dengan sikap anaknya itu.
“sayang, betul ke you nak kawin dengan anak kawan ayah you tu?” Tanya Atiffah
“ntah lah, dah jom pergi Melaka kite shopping!” kata izkander sambil terus bangun dari tempat duduknya dan terus menuju ke kereta ferari yang berwarna kuningnya itu. Sambil memimpin Atiffah wanita ayu kesayangnnya itu.

Labels:


OLD / NEW

Template by Ida Fitri. Basecode from Nazihah Anuar