unknown
Wednesday, March 21, 2012 | 5:09 AM | 0 B.F.F
BAB2
siapa tu zue?” Tanya hadi
“hei joyin asal datang tengah-tengah malam ni siap bawak lampu suluh segala” Tanya zue pada joyin.
“tak de la, ruma saye tadi takde current tau jadi saya ingat awak je yang dekat. Saya pon jalan kaki lah datang sini” kata joyin sambil membuka kasut.
“masuklah,” kata hadi.
“ini siapa zue? Boyfriend awak ea? Mana boleh duduk sama-sama lelaki perempuan” kata jo yin yang berbangsa cina tetapi sangat arif dalam bab agama islam.
“ini sepupu saya, jangan cakap kuat-kuatlah nanti orang dengar, orang kata apa pula” kata zue berbisik.
“hurm joyin nak tidurkat mana nie? Aku da tidur bilik tamu” Tanya hadi kepada zue.
“takkan lah nak suruh kau tidur dengan aku pulak, biarlah joyin yang tidur bilik aku.” Kata zue sambil menutup lampu ruang tamu. Malam itu hadi tidak dapat tidur dengan nyeyak kerana tidurnya sudah terganggu tadi. Pukul 4.30 baru die tidur. Pukul 6.30 pagi zue pergi ke bilik hadi, megejutnya bangun untuk solat serta mengajaknya berjogging.
“hadi, bangun solat  subuh. Aku nak keluar ni ...” terang zue.
“nak gi mana? Nak ikut....” kata hadi malas.
“aku nak jog dengan kawan-kawan aku, jomlah ikut” pujuk zue lagi...
“tarik aku malaslah nak bangun” kata hadi sambil menghulur tangan dekat zue.
“aku dah ada air sembahyang tak boleh pegang kau... bangun sendiri PEMALAS” kata zue sambil terus berdiri. Hadi yang dengar zue suadah ada air sembahyang cepat-cepat bangun untuk mengenakan zue supaya batal air sembahyang. Zue yang sudah tahu taktik hadi terus berlari turun tangga. Hadi terus mengejarnya. Joyin yang tadi sedap tidur terbangun setelah terdengar suara orang ketawa dan menjerit.
“apasal ni? Bising-bising pagi-pagi buta?” Tanya joyin dengan mamai.
“hadi! Stop lah! Aku malas nak ambik air sembahyang lagi lah.... cuba jangan ganggu aku!” jerit zue sambil merayu .
“ha tu lah tau nak kejut orang pagi-pagi, kacau ea? Ha kene balik.” Mereka mengelilingi ruangtamu tiba tiba zue terlanggar sofa dan terjatuh. Hadi yang mengejar zue tadi turut terjatuh di atas zue. Mata zue dan hadi bertentangan dekat 5saat joyin menegur.
“takpayah nak buat drama kat sini” jerit joyin dari tingkat atas. Hadi yang dengar suara joyin terus bangun dari terus menghempap badan zue yang kecil daripada die.

Satu motor ‘scramler’ memasuki ruang taman rekriasi tanjung emas .Leya, niza dan nisa tertumpu pada motor lasak itu. Mereka terihat seseorang yang seperti mereka kenal apabila buka topi kaledar full face itu baru tahu yang membonceng itu ialah kawan mereka zue. Yang membawanya masih tidak membuka helmetnya.
“hei, dah sampai siapa tu?” Tanya niza kepada zue.
“hoi, takkan helmet nak suruh aku bukak kan?” perli zue.
“bukakkan zue” pemintaan hadi yang tak masuk akal.
“jangan mengada-mengada boleh tak?” kata zue sambil menepuk helmet hadi.
“bukak kan je lah zue tak sabar nak tengok ni...” kata leya pula. Zue dengan akurnya membukakan helmet hadi. Hadi yang baru lepas di buka helmetnya mengibas-ngibas rambutnya....
“hendsomenye” kata nisa.
“hai girls.....”kata hadi sambil mengenyit mata kepada Niza.
“hai,”kata niza,nisa dan leya sambil senyum meleret.
“hei~please lah tak payah nak mengada-ngada,”sambil mencubit hadi.
“awwww, sakit lah. Nah ambik!” hadi mencubit pipi zue.
“ahhhhhhh, sakitlah!!!”jerit zue.
“hei kau jangan usik die” jerit satu suara dari belakang . hadi menoleh ke belakang dan terus di tumbuk.

Labels:


OLD / NEW

Template by Ida Fitri. Basecode from Nazihah Anuar