She Gone
Wednesday, September 5, 2012 | 5:27 AM | 0 B.F.F

BAB2
 “ibu, ok tak baju yang Nora pakai ni, macam selekeh tak?”Tanya Nora kepada Pn.Lena.
“Nora kenapa suka sangat pakai baju yang nak pergi kerja ni? Tak de baju lain ea?” Tanya ibunya yang memang tidak setuju cara anak perempuannya  berfesyen. Baju blouse dan seluar slack, berserta tudung bawal yang dililt di kepalanya.
“selekeh ea? Nora tak banyak baju lah ibu, Nora bukan nak kemana pun,  pergi kerja balik kerja, balik kampong, tu je lah..” kata Nora yang marah apabila ibunya mengutuk cara dirinya berfesyen. Baju pilihannya hanya simple, kemeja, blouse atau baju kurung itu sahajalah baju yang dia ada di almari biliknya itu. Kebanyakan bajunya berwarna putih , krim dan biru.
“kerja bagai nak gila, baju pun kau takde? Ish kau tau tak izkander tu berfesyen bukan main lagi tau, dari kepala sampai ke kaki. Ntah-ntah seluar dalam die pun berfesyen tau!” kata ibunya dan berakhir dengan ketawa besar.
“ntah lah ibu, jap ea orang tengok lagi ade tak baju yang lawa-lawa.” Kata Nora sambil terus masuk ke dalam bilik. Di bukanya almari 2 pintu itu sambil menyelak baju-baju yang bergantung, sedang dia sibuk menyelak Nora telihat satu kotak yang berwarna purple yang berada di sudut almari bajunya, di ambil kotak itu dan membukanya. Terdapat sehelai baju kemeja berwarna oren yang di berikan oleh bekas teman lelakinya, ashraf. Baju itu diberikan oleh ashraf pada hari lahirnya yang ke 23 tahun. Masih lagi dia teringat lelaki yang mempunyai senyuman yang ikhlas dan berwajah kacukkan cina.
“awak, saya ni dekat depan rumah awak, cepatlah keluar,” kata ashraf kepada Nora.
“awak buat apa dekat depan rumah saya malam-malam buta ni?, pukul 12.30 kot. Tak takut kene halau dengan bapak saya ea?” Tanya Nora kepada kekasih hatinya ashraf. Dia menjengah keluar untuk melihat betul ke yang ashraf berada di hadapan rumahnya. Tetapi tiada pun bayang seorang pun di hadapan rumahnya. Die turun ketingkat bawah dan meminta izin dari ibunya untuk keluar sebentar  bertemu kawan. Dia telah keluar ke perkarangan rumahnya, tiba-tiba ada seorang lelaki yang memakai baju oren sedang bermain gitar sambil menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’.di hujung gitarnya ade sebiji belon tertulis “happy birthday”
“wow! Thanks...” kata Nora yang tidak mengagak bahawa ashraf akan membuat kejutan bergitu di hari lahirnya.
“awak nak saya nyanyi lagu apa? Saya nyanyikan,” kata ashraf.
“takpe, lah dah malam dah, takut nanti orang keliling terbangun pulak, bising-bising sangat.”kata Nora yang tidak mahu ibu bapanya dengar.
“ye lah, suara kita kan tak sedap nak nyayi lagu...” kata ashraf yang merajuk.
“jangan lah macam tu, ni je ke hadiah saya? “ Tanya zue yang bergurau dengan ashraf. Dia tahu ashraf tidak bergitu berduit kerana di hanya bekerja sebagai mekanik kereta di bawah syarikat kecil.
“cuba baca belon tu betul-betul,” kata ashraf sambil memberi belon itu kepada Nora.
“happy birthday?” kata nora yang pelik...
“ baca belakang die tak?” Tanya ashraf.
“owh... ‘ILY’”baca Nora selepas membaca itu mukanya telah bertukar menjadi merah kerana malu.
“ hehehe... ILY” kata ashraf. Die tak pernah menggunakan ayat penuh dalam perkataan itu. Katanya fobia...
“tu je?” Tanya Nora lagi yang cuba memancing ashraf lagi.
“ sekejap ea. Awak tunggu sini.” Kata ahraf sambil terus ke motornya. Selepas beberapa minit ashraf pulang dengan sebuah kotak di tangannya.
“wow! First time awak bagi saya hadiah besar-besar ni...” kata nora yang suka dengan hadiah yang di dapat nya.
“sama-sama, sayang...” kata ashraf. Nadanya sangat rendah hampir tidak didengari Nora.
“terima kasih sayang” kata Nora sambil mebelek kotak purple itu.
“dah saya nak balik ni esok pukul 6 saya dah nak kene bangun balik kampong saya.” Kata ashraf yang cuba mengelakkan Nora membuka kota tersebut di hadapannya.
“ok lah... bye...” kata Nora
“bye... lepas bukak kotak tu text saya...” kata ashraf sambil terus menghidupkan enjin motor EX5 nya dan terus memecut laju ke simpang utama.
“Nora lama lagi ke kau nak cari baju tu?” Tanya ibunya yang menyedarkannya dari lamunan sebentar tadi.
“ sekejap ibu, ade ni ha, orang tengah gosok!” kata Nora memberi  alasan. Selepas beberapa minit, Nora keluar dengan memakai baju kemeja oren dan memakai tudung bawal berwarna krim dengan fesyen terbaru  bibirnya tercalit sedikit gincu sebagai pemerah sahaja.
“ha... ni kan lawa baru luluh hati si Izkander tu.” Kata pn lena sambil memegang baju anaknya itu.
“takde la ibu, biasa je, dah lah Nora pergi dulu ok,Bye ibu, doakan Nora baik-baik ea Ibu...” kata Nora sambil menyalam dan mencium pipi Ibunya. Nora pergi ke lokasi yang di tentukan oleh Izkander itu dengan membawa Vivanya berwarna Putih.

Labels:


OLD / NEW

Template by Ida Fitri. Basecode from Nazihah Anuar